BAHAYA MERKURI
Memakai kosmetik yang mengandungi merkuri boleh mengancam kesihatan anda .
Berikut adalah 6 bahaya merkuri terhadap tubuh badan kita .
1.Gangguan pada saraf
Menurut kajian mengatakan bahawa merkuri sangat bahaya kerana termasuk dalam logam berat.
Sekecil apa pun merkuri yang masuk ke dalam tubuh akan menjadi racun. Salah satu kesan pemakaian merkuri adalah gangguan pada saraf. Anda akan mengalami kes spt Alzhemeir dan Parkinson dengan gejala spt insomnia , menggeletar , gangguan penglihatan , nyanyuk , kemurungan dan kekeliruan ruang.
2.Melambatkan pertumbuhan janin
Merkuri yang tidak boleh dibuang oleh buah pinggang , disusun di badan dan akan masuk ke dalam janin ketika anda hamil. Dengan begitu ia akan melambatkan pertumbuhan janin dan si kecil juga akan mengalami autisme.
3.Wajah akan menjadi lebih rosak
Krim yang engandungi merkuri pada mulanya memang terasa sangat berkesan dan membuat kulit kita nampak putih berseri. Tapi lama kelamaan kulit akan menghitam dan menyebabkan jerawat semakin teruk. Selain itu, wajah juga akan timbul flek-flek hitam yang sangat parah .
4.Merosakkan lapisan kulit bawah.
Jika disinari dengan lampu diagnostik, kulit yang memakai krim bermerkuri akan kelihatan biru di bawahnya kerana sel kulit tersebut sudah mati. Selanjutnya boleh mengakibatkan kanser kulit.
5.Kerosakan pd buah pinggang
Bau air kencing akan menjadi tajam selepas memakai krim bermerkuri.Selain itu, orang yang memakai krim bermerkuri juga akan merasakan sakit pinggang. Namun, bukan kerana keletihan akan tetapi kerana logam berat yang terkumpul di buah pinggang sehingga mengakibatkan kegagalan buah pinggang.
6.Penyakit kanser
Pemakaian kosmetik yang mengandungi bahan merkuri lama -kelamaan akan mengakibatkan kanser kulit , kanser payudara , kanser rahim , kanser paru-paru dan kanser-kanser yang lain.
Kesan sampinagn yang ditimbulkan dari pemakaian produk bermerkuri ini tentunya sangat berbahaya terhadap kesihatan tubuh badan kita. Sekali ia masuk ke dalam tubuh merkuri sangat sukar bahkan hampir tidak mungkin dikeluatkan . Untuk itu anda perlu berhati-hati dalam memilih kosmetik,
Pastikan kosmetik yang anda gunakan selamat dan sudah mendapat pengiktirafan dari Badan Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)- sebuah agensi di bawah KKM yang menyelia pendaftaran ubat-ubatan dan notifikasi kosmetik.
No comments:
Post a Comment